Thursday, March 29, 2012

sekali berkelana terus berkelana


assalamualaikum...
salam jumaat semua...
harap2 semua sihat2 ea... hari xde benda pom sje nk upload gambo cik lina g camping...
camping pe cik lina oiii??
harus la camping KELANA SISWA a.k.a PENGAKAP k...
k lah korang layan jer la pic2 yang ada nie ad...
KBYE!!!










 our patrol...

 backwork cooking..

 malam pengakap..

 projek pinering kami









mood : cik lina sedey sebab kena tinggal.. semua nak g picnic.. cik lina nak balik plesss... :(

Sunday, March 11, 2012

bosan + rindu

assalamualaikum...
hari xde benda saya nak update,
cum saya nak bagitahu 1 DUNIA yang saya RINDU kamoo 
dan saya akan rindu kamuu selagi saya bernyawa. KBYE!!

## taip laju2 sebab nak siapkan assignment yang melambak...

Wednesday, February 15, 2012

nilai sebuah PERSAHABATAN...

AWAK....
Kalau satu hari awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,
Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...♥


saya juga akan begini untuk awak... walaupun kita tidak mungkin jumpa lagi.. insyaALLAH lau kita ada jodoh kita jumpa.... saya akan doakan kebahagian awak selalu... awak kawan saya dunia akhirat... insyaALLAH...






Monday, February 13, 2012

KMPP dalam kenangan.... :)

assalamualaikum....:)

entry hari ni xde ape2 pom.. sje jer cik lina nk tulis2... lama dh kn xbuka blog nie... hari nie cik lina xde bnda nk buat.. kerja umh dh ciap... masak pom suda... mkn pom suda jugak.. jd on9 jer la memanjang.... ngah bosan2 duk hadap lappy nie cik lina tiba2 ase nk selongkar jer gmbr2 lama... tba2 cik lina jumpa gmbr2 nie...

jeng...jeng...jeng...

who's this????
WANTED!!!!
(muka time muda2 erk... fresh ag)



KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG...

adoiiii... bile tgk jer gmbr nie ase sdey ase... rindu plak zaman matrik nie... tempat nie la yg bnyk mengajar erti kehidupan... cewahhh... ayt xleh blah.. hahaha...  bnyk jmp kwan2 yg baik... jmp mentor yg sweet... clasmate yg gler2 otaknya... rumah yg baik tp sengal ckt2... mmg bes la duk kat sini... RINDU la...

inilah bangunan tempat kami tidur

ini jalan hari2 yg kami lalu nk p kelas...

nie KATIL tempat cik lina rehat hari2

nie MEJA stdy cik lina,...

LOKER yg berselerak...( ada aku kisah..hahah)

bile tgk smua nie cam nk gelak plak... adoiii nasib baik still simpan lau x mmg xleh nk tgk2 dh kn gmbr2 nie...

nie plak muka2 clasmate cik lina.. miss gler diorg...

PUAN ZARNI ASNITA...
yg cun melecun nie MENTOR kami...


yang nie plak BOBOY klas kami...

yg sweet2 nie GEGURL klas kami...

kami nie adalah SKUAD RENJER H8P1..

semua2 nie org2 yg cik lina syg tau... rindu kat diorg semua... semua dh bwk haluan masing2... semua belajar kat U lain2.. tp ad yg duk sama U... ad yg skrg nie duk stdy kat USM, UPSI, UKM, UM, UMT, dan UITM..(lau xslh xde yg dpt kay SABAH n SERAWAK) semua duk kat semenanjung... kat mne korg berada ak still RINDU korg k...

KMPP dalam kenangan!!!

p/s : rindu kat korg semua... ak harap kt bole jmp lagi erk.. kt jumpa rmai2... syg korg... mmuuuaahhh!!!

Sunday, January 29, 2012

solat sunat dhuha- kunci rezeki....:)


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:

Wednesday, January 25, 2012

~~19/1/91-19/1/12~~

assalamualaikum...:)
hahaha....ape kaba kawan2 semua... lama suda cik na xjenguk blog ni... rindu rase nyer... dh lama x conteng2 kat wall ni... 
post hari ni xde pe2 pom...
cik na juz nak wish birthday someone...
walaupun birthday si-DIA dh lama lps n cik na dh mes si-DIA tp cik na still nak wish lam nie...



sempena BIRTHDAY awk yg ke-21 nie..
saya nak ucapan:
1- SELAMAT ULANG TAHUN KE-21 "AH"...
2- saya doakan awak panjang umur dan dimurahkan rezeki...
3- semoga diri awk sentiasa di rahmati dan diredhai-NYA
4- semoga awak berbahagia selalu disamping orang yg awk sayang
5- semoga berjaya dalam apa jua yg awak ceburi

" wish u a many many happy returns of the day. may ALLAH bless u with health, wealth n prosperity in your life.... let ALLAH decorate each golden ray of the sun reaching u with wishes of success and happiness....wish u a super duber HAPPY BIRTHDAY...happy sweet 21..."



Sunday, January 15, 2012

jAGalah UKhwaH antaRA mANUsiA...:)


Di Sebalik Doa Rabitah (وراء دعاء الرابطة)

بسم الله الرحمن الرحيم


Tanpa Ukhuwwah, hancurlah Islam dan perpaduannya,
Tanpa Ukhuwwah, berpecahlah sesebuah keluarga itu,
Tanpa Ukhuwwah, terputuslah hubungan persaudaraan,
dan Ukhuwwah di jalan Allah membawa nikmat ketenangan.


Kita berhidup di dunia ini dengan membawa satu hati yang dahagakan kasih dan sayang, yang mendambakan ihsan dan simpati, yang mengharapkan rahmat Allah dan hidup dalam ketenteraman dan ketenangan.Hidup tanpa pemberi semangat dan pencurah kasih dan cinta, menenggelamkan insan di dalam lautan kemurungan dan keputusasaan.Jelaslah kita bahawa pentingnya hidup bermasyarakat dan saling kasih mengasihi, tetapi tanpa tujuan yang jelas dalam menjalinkan ukhuwwah, ia boleh mengheret kita ke arah keburukan.

Apakah hadaf kita atau tujuan kita dalam berkasih sayang?
Jawapannya boleh kita teliti di dalam Doa Rabitah yang sentiasa kita amalkan ketika membaca Al Mathurat sebanyak dua kali sehari itu.Sesungguhnya doa ini amat berkait rapat dengan hubungan hati sesama insan.


اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِك
وتَعَاهَدَت على نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا
وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو
وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ
وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ
وَاحْيِهَا اللهم عَلَى مَعْرِفَتِك
وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ
اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ


## semoga ukhwah yg terjalin kekal selamanya... AMIN...